Panduan Pembeli

Skim Rumah Pertamaku

Ciri-Ciri Dan Faedah Utama

  • Pembiayaan sehingga 110%.
  • Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder.

Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pembeli rumah pertama.
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri.
  • Pemohon individu atau bersama.
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama.
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000).
    • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia.
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000.
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan).

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan.
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran).
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap.
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan.
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:.