Skim Rumah Pertamaku
Ciri-ciri dan Faedah Utama.
- Pembiayaan sehingga 110%.
- Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder.
Pemohon Yang Layak.
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pembeli rumah pertama.
- Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri.
- Pemohon individu atau bersama.
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
- Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama.
- Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000).
- Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.
Harta Yang Layak.
- Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia.
- Nilai maksimum hartanah RM500,000.
- Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan).
Keperluan Pembiayaan.
- Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan.
- Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran).
- Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap.
- Insurans/takaful kebakaran diwajibkan.
- Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:.
- Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/39.
- Tempoh moratorium selama 5 tahun.